Monday, September 12, 2011

Sejarah

Dulu-dulu masa zaman sekolah aku memang banggang giler subjek sejarah. Tapi member aku si Zura tu terel Sejarah. So bila time periksa atau kena buat kerja sekolah aku selalu tiru dan berharap dekat member aku yang sememangnya handal subjek sejarah. Masa SPM pon sejarah aku cukup-cukup makan je.

Tapi ada banyak jugak perkara-perkara penting mengenai sejarah Malaysia yang masih aku ingat-ingat lupa. Kebelakangan ni aku suka tengok segment suatu ketika yang disiarkan oleh Astro. Dulu dah siar banyak kali tapi aku tak berkesempatan nak tengok, maklumlah anak aku sebok nak tengok siaran BabyTV dia tu.

Minggu lepas kat Astro Fiesta-channel 100 ada siar semula cerita Warkah Terakhir- Rosli Dhobi. Mungkin ramai yang pernah dengar pasal Rosli Dhobi tapi tak tahu sejarah macam mana dia boleh terlibat dengan kumpulan Rukun 13 dan macam mana dia boleh tikam Gabernor British. Serius weyh sedap cerita ni sampai meleleh air liur syok tengok. Tambah pulak Beto Khusyairi yang pegang watak Rosli Dhobi, berkali ganda sedapnya cerita ni.

Dulu aku tau nama Rosli Dhobi je. Tapi apa dia buat, apa jasa dia aku tak tahu. Sumpah aku tak malu nak mengaku yang aku ni banggang sejarah Malaysia.

Lepas aku tengok warkah terakhir tu baru aku tau macam mana tertubuhnya kumpulan Rukun 13 tu. Rukun 13 diambil sempena rukun solat dan ahli rukun 13 terdiri daripada 13 orang iaitu:



*wikipedia (list ni kalau salah kau pegi sound wikipedia tau)




Okeh korang patut tengok macam mana ahli kumpulan Rukun 13 angkat sumpah taat setia sebagai ahli. Dorang baca Yassin dan minum air Yassin tu. Masa sesi angkat sumpah Rosli Dhobi tak join kumpulan tu lagi. Rosli Dhobi masa tu ahli rahsia PPM. Dia jadi tenaga pengajar kat Sekolah Rakyat Sarawak, cikgu sukarelawan walau masih menuntut di Sekolah Methodist. Umur dia masa tu 15 tahun. Weyh kau jangan nak buat muka boring masa baca sejarah ni ea? Aku korek idung kau jap g. Baca lah sampai habis wei!

Masa kumpulan Rukun 13 ni dah bersedia dan merancang untuk membunuh Gabenor British (Sir Duncan Stewart), sorang dari ahli Rukun 13 telah tarik diri sebab kecut dan takut ahli keluarga dia terancam.

Bila Rukun 13 dah tak jadi 13 orang, perjuangan jadi tak lengkap. Dipendekkan cerita Rosli Dhobi adalah pengganti dan kebetulan dorang memang nak cari orang yang boleh menyamar sebagai budak sekolah semasa hari perarakan sempena menyambut Gabenor British yang tak best tuh. Korang patut tengok macam mana cuaknya Rosli Dhobi masa mula-mula dipelawa join kumpulan Rukun 13. Yerla budak baru umur 15 tahun dah diajak untuk berjuang hingga tumpah darah. Tapi budak-budak zaman sekarang umur 15 tahun lain hal pulak, sanggup bertumpah darah sebab berebut gelpren, merompak macam-macam lagi lah (maaplah makcik mebebel pulak). Tapi peristiwa berdarah tu jadi pada 3.12.1949, Rosli Dhobi umur dah 17 tahun.

Kalau cerita aku ni salah atau kurang tepat, mintak maaplah banyak-banyak. Kau salahkanlah pengarah drama warkah terakhir tu. Ataupun korang tengok balik drama warkah terakhir ni pastu cerita balik kat aku.Tapi sekurang-kurangnya aku taklah macam si Mat Sabu tu sampai nak menggangkat kaum komunis sebagai wira.

Ni adalah warkah terakhir yang ditulis oleh Rosli Dhobi untuk kedua orang tuanya.


Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.



1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.

2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita - Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat’ atau `Fardu’ kepada mereka.

3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.

4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.

5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.

(Datuk Aini Dhoby adalah seorang pengasas Barisan Rakyat Jati Sarawak dalam tahun 1961 bersama dengan Tun Ahmad Zaidi, bekas Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang Dipertua Negeri Sarawak keempat Tun Abdul Rahman Yaakub, dan Ketua Menteri Sarawak keempat Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud.

Barisan Rakyat Jati Sarawak atau BARJASA kemudian dinamakan Parti Bumiputra Sarawak dan akhirnya, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak atau PBB)

6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.

7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.

8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.

Salam sembah dari anakanda.
Rosli Dhoby 1 Mac, 1950.

*hasil carian google




Beto Kusyairy

Rosli Dhobi sebenar

*images juga hasil carian google