Dulu masa sekolah rendah aku adalah golongan kanak-kanak yang kurang comel, bukan TIDAK comel yer...KURANG comel...hahaha..ini adalah kerana aku seorang kanak-kanak yang sangat hyper...dikala cuti sekolah..celik mata je aku hilang, menepek kat rumah orang ibarat aku takde rumah dan emak malas masak sarapan pagi...keluar pagi, senja baru balik...panas,hujan,terik,ribut topan(ribut topan tak pernah jadi lagi setakat ni) apa semua tak kira dah...kira nak main je..itu yang comot dan kulit tak berapa nak cerah...bergelumang dengan ikan longkang..melepak dengan pakgad...itulah rutin harian ketika cuti sekolah dan hari minggu.
Okeh-okeh, berbalik pada cerita di sekolah rendah...di sekolah aku sangat-sangatlah pemalu...ini adalah kerana self confident memang tiada lansung dalam diri..di sekolah terlalu ramai kanak-kanak yang sangat comel dan pandai bergaya..baju semua bersih dan tiada bau hanyir akibat tumpahan kuah laksa..jadinya ramai pelajar-pelajar lelaki yang dah pandai mengorat hanya memandang pada kanak-kanak yang comel dan tidak berbau hanyir sahaja...jadinya tiada kanak-kanak lain yang mahu berkawan dengan budak yang berbau hanyir ini.
Setiap kali akhir tahun...cikgu-cikgu sibuk mengatur atur cara untuk hari penyampaian hadiah...dan kanak-kanak yang berbau hanyir ini tidak pernah pun terpilih untuk apa-apa acara persembahan...jadinya yang aku ingatlahkan...sebenarnya tiada kenangan manis pun masa sekolah rendah...selain daripada pergi sekolah hanya untuk bermain cop tiang atau bermain getah...sebabnya aku hanyalah seorang hero di kuarters tempat aku tinggal je. DANNNNNNNNNN setiap tahun pun cuti sekolahlah yang paling aku tunggu-tunggu selain dari bulan ramadhan dan hari raya...Sebab apa aku suka cuti sekolah???
SEBAB AKU BOLEH MAIN LONGKANG HARI-HARI...bila senja...balik rumah kena tibai dengan hanger..pastu emak akan mandikan aku dengan berus sabut...sedap woooooo!!!
p/s: terima kasih yer emak sebab berus badan sal ni dengan berus sabut...sebab itulah badan sal sekarang dah cerah sikit.