Rabu
Hari rabu malam Qarliff tibai melalak je keje dia...melalak sepanjang malam...aku ngan mat yun dah kaget giler tengok dia dok melalak.Ok fine malam itu berakhir dengan tangisan Qarliff yang ntah biler berhentinye..aku letih dok meriba dia sepanjang malam.
Khamis
Petang aku amik Qarliff dari pengasuh dia, pengasuh dia cakap dia meragam sepanjang hari. Ok fine dia meragam lagi...aku tak syak apa-apa lagi. Sampai kat umah dok main-main ngan dia badan dia dah start rasa panas...dia pon tak berapa nak main sangat pasal badan tak sihat. Aku bagi dia makan ubat...pastu dia tidur. Elok tengah malam je dia buat pulak dah...bantai melalak sepanjang malam....tapi tak ekstreme sangat..dia just bunyi aaAaa~~ je.
Jumaat
Esok paginye badan dia semakin panas...so aku eL terus..siang dia tak berapa nak melalak...just meragam sikit-sikit..adat budak bila demam. Tapi naik maghrib je dia buat lagi pulak...melalak sesungguh hati sampai naik selak..aku dah mula risau...takkan kena ganggu dengan makhluk halus kot...nikan bulan ramadhan...syaiton semua kena ikat...badan dia makin panas...kulit aku rasa macam melecur bila terkena dengan kulit dia..aku bukak semua baju seluar dia...pastu aku jerlum kepala badan dia dengan air...sepanjang malam aku tak tidur pasal dia dok melalak..mat yun siap baca yassin dengan Quran lagi...tapi hape pon tak boley...aku tak la percaya sangat hantu-hantu ni sampai tahap taksub...tapi aku try sapu minyak bawang putih dengan lada hitam kat sendi-sendi dia...makin aku sapu makin dia melalak...ok malam tu berakhir dengan tragis di mana kedua ibubapa Qarliff sangat letih tak cukup tidur.
Sabtu
Kami memang dah plan nak bawak Qarliff g jumpa Dr Zainal...dia pakar perubatan sains campur islam...air penawar dia memang mujarab..dulu Qarliff tersampuk pon bawak g jumpa dia, Alhamdulillah elok. Tapi tengah siap-siap nak g klinik tiba-tiba aku prasan gigi atas Qarliff dah tumbuh sikit.so kami tak jadi g klinik pasal ingatkan dia melalak sebab sakit gigi nak tumbuh...so sakit gigi nak tumbuh wat pe g mintak air penawar yer dak?bila dah perasan macam tu kami laki bini dok gelak-gelak la, patutla baca yassin+azan tepi telinga semua tak lut...sakit gigi upenyer. Ingatkan dah settle la...malam lepas maghrib dia buat lagi..melalak...aku sampai takleh buat apa dah...sian kat Qarliff melalak sampai lembik.sepanjang malam aku tak tidur.
Ahad
Siang macam biasa dia ok..dia tidur pasal letih tak tidur malam...tapi kali ni memang dah kemuncak sungguh pasal lepas maghrib dia melalak lagi...kali ni meraung tahap gaban sampai aku hilang sabar...dekat-dekat nak azan isya' mat yun dah gerak g surau...dia ingat aku boleh handle...ntah macam mana malam tu aku dok sorang-sorang jadi tak bleh handle...gila aku hampir-hampir nak datang...rasa kecik je aku tengok qarliff...tapi aku istifar cepat-cepat sebab tiba-tiba aku tersedar yang aku tengah ketawa kuat-kuat (uih meremang bulu-bulu dah ni) qarliff dah tergolek-golek dah...kebetulan pulak aku tengah uzur...jadinya aku takleh nak amik Quran baca..dah dekat 2 jam qarliff selak...aku jadi risau...perasaan takut jangan cakapla...tiba-tiba aku jadi takut semacam...pastu aku teringat air 7 Yassin yang aku amik dari Dr Zainal dulu ada lagi...
jam dah dekat pukul 10...aku kol mat yun suh dia balik cepat sebab aku sendiri 50-50 je sedar tak sedar...aku bukak baju qarliff tinggal pampers je...aku selawat...aku doa kat Tuhan banyak-banyak niat apa yang patut...aku basahkan badan qarliff dengan air 7 Yassin tu...badan dia bila kena air tu je terus dia menggelupur pastu jari telunjuk dok tunjuk-tunjuk kat aku...ntah macam mana aku boleh pulak dok maki-maki benda yang kacau anak aku tu...pastu aku terdengar butir-butir ayat yang kurang jelas keluar dari mulut anak aku...sambil dok tunjuk-tunjuk kat muka aku dia cakap "kau jahat"...aku jerit-jerit kat benda tu "sape yang jahat? CAKAPPPP!!!"...dia tunjuk aku lagi..aku pegang dua-dua ibu jari kaki dia....meronta-ronta dia...pastu aku selawat...pastu aku jerit "KELUARRRRRRR!!!".."ALLAH HU AKBARRRRR!!!!" fuhhh macam dalam felem tauuu....gaya aku tak ubah macam bomoh.
Lepas aku dah jerit macam tu...tiba-tiba aku pulak yang rasa nak melalak...aku terus istifar banyak-banyak...aku pakaikan balik baju qarliff...elok pakai baju je...terus dia lena...YA Allah...besar sungguh kuasa Kau!!! kalimah Dia dah cukup nak usir benda-benda yang macam tu...Alhamdulillah sampai pagi dia lena...elok dia lena mat yun pon sampai...haishh..macam hape je...sokmo lambat.
*aku bukan tak percaya atau taksub dengan makhluk-makhluk halus ni tapi aku tahu benda-benda tu memang wujub.