Mengancam ah!
Minggu lepas sibuk dengan kurus. Berjalan sampai ke Johor pastu singgah di Melaka kemudian ke Penang semula kemudian pulak g amik anak di Alor Setar. Buat pertama kalinya aku tinggalkan Qarliff dengan mak mertua. Masa mula-mula tinggal tu bukan main lagi aku ngan Qarliff lawan melalak. Terasa sunyi bila Qarliff takde, tapi nak wat camna...dah kerja. Balik dari kursus terus demam laki bini. Minggu ni pon dok gagahkan diri datang kerja sebab kalau cuti pon bukan buat apa kat rumah, lagiponkan dok umah sebenarnya lagi penat dari dok opis sebab kerja-kerja rumah tak pernah habis. Dari buka mata sampai dah nak pejam semula, ada je benda nak kena buat.
Esok datang kerja dengan jiwa kosong. Hari jumaat rehat panjang wa nak g tengok songlap sebab hari tu kami dah nak g tengok tapi takleh masuk sebab bawak baby. Klasifikasi cerita tu 18 tahun ke atas, that's why dorang tak kasi kami masuk. Padahal kalau aku bawak anak aku masuk pon bukan dia paham pon.
Takpe-takpe...ape pon selamat tinggal 2011 dan selamat datang 2012!!~!!!


