Tuesday, January 31, 2012

addicted drama melayu

Okeh...sejak dah kawen dengan lelaki suci lindungan Kaabah ni kan, aku memang dah tak boleh nak nengok cerita/ drama/ filem/ sitkom omputeh dan yang seangkatan dengannya. Senang citer apa-apa citer omputeh memang aku takleh tengok. Kalau aku tengok gak mesti dia ceramah kat tepi telinga aku ni, berdosa katanya nengok gambo orang seksi-seksi. Jadinya rutin harian nengok drama melayu je la, takkpon Raja Lawak.

Ini nak cerita pasal drama-drama melayu la ni. Jadual harian dah penuh dah dengan drama yang nak di tonton, America's Next Top Model ngan Keeping Up With The Kadarshian dah takleh nengok lagi dah. Masterchef kadang-kadang je.

Isnin - Super Lawak FC (Astro Warna)
Selasa - Vanilla Coklat (TV3), Bicara Hati (Astro Prima)
Rabu - Aishiteru (TV9)
Khamis - Seekers (NTV7)
Jumaat - Galeksi (TV9) pastu Raja Lawak (Astro Warna)
Sabtu - Bola (Mat Yun punya rancangan - aku tido je la jawabnya)
Ahad - Mana-mana dan je

Ni aku nak citer pasal drama Vanilla Coklat, Bicara Hati dengan Aishiteru. Tiga-tiga drama ni memang best. Konsep cerita sama (kawin paksa) tapi jalan cerita lain.

Vanilla Coklat


Cerita ni pasal Izara Aisyah kena paksa kawin dengan Aamir atas paksaan mak bapak dorang. Dorang ni satu kolej tapi selalu bergaduh kat kolej. Izara tu manja giler dengan mak bapak dia sampai tak reti lansung nak buat kerja umah. Kelakar la citer ni. Mak Izara tu paling kelakar. Aku kalau tengok citer ni sampai tergelak-gelak, Mat Yun cebik-cebik buat muka benggang pasal tak dapat tengok bola. Weyh Mat Yun...setakat nak tengok bola Liga Super je ponnn tak payah tengok la. Kedah tengah krisis dengan pengurus pasukan yang macam taik ayam tu. hihihih sedap aih kutuk team kedah kat sini.

Bicara Hati


Ini pulak cerita pasal Zalia kawin kontrak dengan Tengku Shahran (ala macam kawin paksa jugak la). Adaptasi dari novel. Citer ni citer jiwang, jalan cerita slow sikit lagipon sama waktu tayangan ngan Vanilla Coklat. Untuk cerita ni aku tengok siaran ulangan atau tengok kat youtube. Ok la, not bad citer ni....feeling-feeling je.

Aishiteru

Okeh drama ni memula tayang kat tv9 aku tak tengok pon sebab tak berapa minat dengan pelakon pompuan tu. Tapi minggu lepas masa dok sign geran tatau nak buat apa untuk halwa telinga. Aku bukak tonton.com, tengok list drama semua aku dah tengok. Tiba-tiba rasa nak tengok drama aishiteru ni. Tak bukak pon dari episod 1, drama melayu ni kalau tengok dah tengah-tengah pon kita boleh tangkap jalan ceritanya. So aku bukak dari episod 4. Ok la citer pasal Azira, 18 tahun kena kawin paksa sebab si lelaki tu (Izrael) perangkap dia. lelaki tu tak penah tengok dia berlakon pon, tapi rupa kacak...owh kacak? Abang Azira ni (Fizz Fairus) alim, abang Azira paksa dorang kawin sebab kantoi Izrael nak peluk si Azira, si Izrael ni nakal. Dia perangkap Azira sebab geram Azira tak layan dia masa dia nak ngorat Azira. Citer ni pon kelakar sebab atok Izrael (Jalaludin Hassan) garang tapi macam hape je. Mak izrael pon kelakar (Wan Nor Azlin), tapi aku tak paham nape Wan Nor Azlin (ceh sebut nama penuh tu) tak pakai tudung dalam citer ni, ada gak bab dia pakai skirt, tapi tak pendek sangat. Azira suka dekat Ammar, kawan 1 kampung dia. Ammar pon ensem je. Korang tengok ar citer ni. Best jugak. Kalau takleh nak tengok kat tonton, tengok kat youtube.


Gemersik kalbu? sori la, aku tak lalu nak tengok muka si Ayu Raudhah tu. plastik gila. ntah la, tak gemor la. Dah try tengok dah tapi hati kata tak yah tengok la. Lagi baik aku tengok National Geographic kat TV1.