Thursday, March 10, 2011

ketentuan???

Ermmm...aku baru balik dari solat...

Betul!!!...arini ni hati aku sangat-sangat sedih...dari semalam pon sedih sebenarnya, selalunya bila aku sedih aku akan call mak aku...mak adalah pendengar setia aku...bahu dia tempat aku mengadu dan menangis...tapi kali ni aku tak mahu call mak untuk berkongsi kesedihan..sebab aku tak nak mak aku tahu aku tengah sedih.

Sambil-sambil tunggu waktu asar...aku terfikir-fikir tentang hidup aku... orang slalu kata yang hidup kita ni ketentuan Tuhan...semua Tuhan telah tentukan... pada aku tidak sebenarnya. Kita tak boleh serahkan hidup kita 100% pada takdir...sebab dalam hidup Tuhan selalu beri kita pilihan...kita yang harus memilih sebaiknya...kalau keliru dengan pilihan buatlah istikarah.

Sekarang jalan yang aku lalui ini adalah pilihan aku sendiri...aku tak pernah dipaksa untuk memilih jalan ini...suka atau tidak..laluilah dengan sabar...setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..ketahuilah bahawasanya Tuhan itu tidak kejam....




sabar yer sal...sabar banyak-banyak...jangan menyalahkan takdir!!!