Tuesday, March 15, 2011

penang

Ketika tahun 1994 aku masih bersekolah dalam darjah 4. Dulu bila hampir je musim cuti sekolah...cikgu-cikgu mula kelam kibut mengatur rancangan bagi mengisi masa cuti sekolah anak-anak murid mereka. Jadinya, ketika di tahun itu...cikgu aku telah merancangkan sesuatu yang sangat mengujakan hati kanak-kanak aku...rancangannya ialah untuk mengadakan lawatan ke PULAU PINANG PULAU MUTIARA...bahahaha...bergoyang hati aku apabila cikgu-cikgu dan rakan tauliah yang lain sebok membincangkan hal ini...masing-masing mengatur ayat yang termanis untuk disampaikan kepada emak dan ayah masing-masing...aku juga tidak ketinggalan dalam kepala ligat mengatur ayat...


Sesampai sahaja aku dirumah lancar mulut mengutarkan kata...pot pet pot pet aku berbicara pada emak supaya menyampaikan hajat ini kepada ayah yang sangat garang itu. Terpancar wajah cuak emak ketika aku mengatakan hajat untuk mengikuti rombongan tersebut...kalau free takpelah dek non...bayaran yang dikenakan ialah sebanyak RM30 seorang(RM30 dulu besar nilainya)...itu hanyalah bayaran bagi tambang dan tempat tinggal...tiada pakej makan dan minum disediakan. Mula-mula emak cakap tak boleh pergi sebab takda duit...luluh hati aku bila emak tak bagi pergi...menangis-nangis sambil menhentak-hentakkan kaki ke dinding tanda protes (kalau aku ingat-ingat balik benda ni..memang rasa nak lempang diri sendiri...aku seolah-olah tak faham dengan kesusahan emak dan ayah).


Ntah macam mana pagi ketika sedang bersarapan untuk ke sekolah...emak menghulurkan RM30 kepada aku tanda ayah bersetuju benarkan aku pergi mengikuti rombongan...tak tahulah dari mana ayah korek duit. Kau tahu macam mana girangya hati aku??? akhirnya aku berjaya mengikuti rombongan ke Pulau Pinang...hermmmm...seronoknya sampai tak terkata...


Apa yang membenak dalam hati aku bukan sebab rombongan tu...tapi perasaan emak dan ayah...walau tak terdaya macam mana pun...mereka akan berusaha penuhi hajat anak-anak mereka walau tak termampu...kadang-kadang berkata-kata jugak dalam hati "ntah-ntah ayah pinjam duit dari kawan untuk penuhi hajat aku yang sangat tak pernah faham dengan keadaan".


Sekarang aku dah jadi seorang emak...walaupun anak aku belum besar dan pandai meminta-minta...tapi aku dah dapat rasa betapa kecewa dan gagalnya kita sebagai emak atau ayah sekiranya kita tak dapat penuhi apa sahaja kehendak anak.


Emak dan ayah akan berusaha penuhi hajat sang anak...tapi kita sebagai anak boleh tak penuhi apa sahaja impian emak dan ayah kita sebelum mereka menutup mata...jangan sampai kita menyesal sebab gagal menjadi anak yang soleh.