Thursday, June 9, 2011

aurat

Tadi dok belek-belek pezbuk then aku terbaca satu post dari seorang adik iaitu kawan kepada adik bongsu aku...dia sedikit menentang post yang telah dikeluarkan oleh seorang rakan dia mengenai cara pemakaian tudung orang zaman sekarang...


Ntah kenapa tiba-tiba aku bukak blog budak yang sangat comel itu dan baca apa yang dia komen pasal cara pemakaian tudung orang zaman sekarang terutamanya remaja (akak tak remaja lagi yer)...kat dalam artikel dia ada dia bagi contoh si yuna... aku tak rasa contoh yang dia bagi tu salah...tapi si kawan adik aku tu kata berdosa sebab si comel itu bagi contoh yuna....

Betul apa dia cakap...budak-budak sekarang pakai tudung sebab nak nampak hot...memang pon aku rasa...tapi itu adalah lebih baik dari tidak memakai tudung langsung...sebab pakai tudung adalah tuntutan agama...tak kiralah kau ikhlas atau tidak...sebab hukumnya adalah wajib...dan tak salah kalau kita nak berfesyen dengan tudung...tapi jaga aurat lah yer sayang...peringatan ini juga khas untuk diri aku sendiri.

Jangan kita cerita pasal perasaan remaja sekarang tentang keghairahan berfesyen....aku yang dah nak masuk usia emas ni pon tak kurang hebatnya...takut sangat nampak macam makcik-makcik sampai lupa batas pemakaian cara islam...tak dinafikan nak melawan perasaan itu sangat susah dik oii, inikan pulak budak-budak yang rajin hang out dengan kawan-kawan pastilah nak nampak hot...memang itu adalah satu daripada nafsu perempuan.


Bercerita pasal yuna...yuna adalah contoh yang KURANG baik buat remaja sekarang...dari segi kerjaya dan pelajaran dia memang contoh yang SANGAT BAGUS...tapi dari segi pemakaian dia KURANG...bukan TAK BAGUS...tapi KURANG...sila faham apa yang cuba aku sampaikan.

Macam gambar di atas tu...tak betul kan cara pemakaian tudung dia??so yang itu JANGAN ikut.
Banyak lagi gambar yang nak tunjuk...tapi tak payah la...korang gugles sendiri je lah...pasti jumpa...ada lagi satu aku nak cerita...pasal dokumentari si yuna ni kat channel 705 astro (skang takde dah kot) ada satu part yuna tengah bersiap untuk AJL yang dia nyanyi lagu cinta sempurna...dorang tunjuk yuna tengah bersiap...dalam bilik tu memang ada ramai lelaki (budak band dia la tu)...yang tak best...part dia nak tukar baju..masa dia nak amik baju si editor lupa nak cut pastu nampak la yuna tengah free hair berjalan ke arah baju...rambut hitam panjang lebat dan sedikit curly...hurmm...mungkin tak ramai yang perasan part ini...kesian yuna sebab jadi mangsa keadaan.



nota kuku kaki: mahaf kepada fan yuna...bukan niat nak mengaibkan..tapi untuk pengajaran...yang baik kita amik...yang buruk kita buang jauh-jauh