Friday, September 9, 2011

ganti puasa dan fidyah

Okeh hari ni aku demam, tapi nak kena juga post entri pasal ganti puasa dan bayar fidyah bagi KAUM IBU YANG MENGANDUNG, TENGAH BERPANTANG DAN SEDANG MENYUSUKAN ANAK ketika bulan Ramadhan( maksudnya dorang tak boleh puasa la).

Ramai yang confiuse dengan cara menggantikan puasa atau bayar fidyah yang perlu dibuat oleh kaum-kaum ibu yang mana kategori-kategorinya disebutkan di atas. Okeh..aku bagi contoh diri aku sendiri la. Tahun 2010 yang lepas aku tengah sarat mengandung, 12 hari terakhir Ramadhan aku tak dibenarkan berpuasa sebab kesihatan bayi dalam kandungan terjejas, aku kena minum air kosong banyak-banyak. Mula-mula aku dengar cakap kawan-kawan yang melalui perkara yang sama bahawa aku BOLEH BAYAR FIDYAH SEMATA-MATA TANPA PERLU MENGGANTIKAN PUASA YANG AKU TINGGAL. Makanya dengan confident aku hanya menggantikan puasa aku sehari sahaja sebab confident yang aku boleh bayar fidyah tanpa perlu menggantikan puasa.

Jadinya ketika dah masuk Ramadhan 2011, aku pon pergilah ke kaunter zakat untuk bayar fidyah bagi puasa yang dah aku tinggalkan. Amil tu tanya aku berapa hari yang aku tak sempat ganti? aku jawab 11. harga fidyah bergantung pada harga secupak beras pada tahun itu.Harga secupak beras bagi tahun 2011 ialah RM1.75. So darablah 11 X RM1.75 = RM19.25. Lepas aku bayar amil tu pesan suh aku gantikan jugak puasa yang aku tinggalkan tu. "HAH?Kena ganti jugak ke?"(takk...aku tak cakap depan amil tu macam tu...aku cakap dalam hati je) depan amil tu aku cakap "YE! SAYA TAU TU"(giler nak ngaku tatau) ...

Ye kawan-kawan...kita tetap kena ganti puasa yang kita dah tinggalkan tu. Fidyah tu sebagai denda sahaja, bukan sebagai pelepas ganti.

Dan ada jugak fahaman yang mengatakan bahawa puasa perlu digandakan sekiranya kita tak sempas habiskan ganti puasa lepas masuk Ramadhan berikutnya. TAKKK kawan-kawan, hanya fidyah yang akan berganda, jumlah puasa yang kita tinggalkan tu takkan menjadi berganda walau bertahun-tahun kita tak sempat ganti. Hanya orang yang uzur sepanjang tahun sahaja yang TAK perlu gantikan puasa dan HANYA perlu bayar fidyah.

Lagi satu, fidyah tak boleh dibayar dengan duit atau jam rolex original atau KFC atau apa jenis gantian dengan barang lain. Jangan kau nak pandai-pandai bagi kereta ke...rumah banglow ke sebagai bayaran fidyah kau. Fidyah hanya boleh dibayar dengan cara secupak beras bagi sehari puasa yang kita tinggalkan. WALAUBAGAIMANAPUN! kalau kita bayar di Pusat-pusat zakat yang berhampiran dengan anda, mereka akan gantikan duit tuan-tuan dan puan-puan dengan cupak beras kepada FAKIR MISKIN. FAKIR MISKIN ye kawan-kawan bukan kepada ANAK YATIM PIATU ke...BALU ke...tapi kalau anak yatim piatu tu atau balu itu adalah dalam golongan fakir miskin maka dia layak menerima fidyah tersebut. Ape kau ingat takde ke anak yatim piatu yang kaya raya atau balu-balu yang kaya raya? Adelah wei!

Jadinya Ramadhan tahun ni aku tinggal puasa 6 hari sebab uzur...campur 11 hari yang tahun lepas punya = 17 hari...huihhhh! Semoga aku sempat ganti semuanya. Kepada yang tinggal puasa selama sebulan sebab berpantang...haaaa....selamat menggantikan puasa yer kawan-kawan...ingattttt tu hutang ngan Tuhan tu. Buatlah main-main...Dosa tau! untuk keterangan lanjut boleh KLIK DISINI.