"Yangg....bangun yanggg!!! yanggg!!! bangun-bangun!! Goyang ni goyang!" si mat yun kejutkan aku dengan nada cuak. Okeh aku bukak mata pandang mat yun. Dia tengah duduk then aku rasa memang rumah tengah bergoyang. Serius goyang kuat gila. Mula-mula aku sedar tangan dah laju dah nak lempang si mat yun pasal aku ingat dia ngigau. Mat Yun memang kaki ngigau, kadang-kadang ngigau dia tu boleh bawak dia berlari-lari 1 rumah. Tapi kali ni dia tak ngigau weyh, betul-betul umah tengah bergoyang sampai air dalam jug semua berkocak.
Selama aku tinggal kat flat tu, setakat ni dah 4 kali aku rasa gegaran. Dannn gegaran yang ini adalah yang paling kuat. Lama jugak gegaran tu dapat rasa, dekat-dekat seminit jugak la. Aku dah siap-siap pakai sweater ngan sarung track-suit, pakai tudung pastu angkat Qarliff yang tengah tidur sebab nak turun bawah. Tapikan, hahaha sementara aku nak pakai sweater, track suit segala bagai kan...gempa pon dah habis dah. Hahaha, aku tak berani la pulak nak turun macam tu je kan? kang turun gitu-gitu je orang-orang kat bawah yang mane dah stanby turun semua pengsan lak tengok aku yang macam hape je ni kan. Mat Yun tengok aku yang 'macam ni' tak pe, sebab dia lagi horror dari aku.
Qarliff masa aku angkat dia, dia terjaga. Samapai kat depan pintu rumah dia dah senyum-senyum sengih. Ape dia ingat orang nak bawak dia g jalan-jalan ler tewww! senyum-senyum macam hape je. Bila dah tak jadi nak turun sebab gegaran pon dah tak rasa lagi dah, aku letak Qarliff atas katil balik, cehhh dia sambung tidur balik. Sama je ngan bapak dia, Mat Yun letak je kepala terus dengkur tak hingat. Terbakar hati aku tengok dua branak senang je lena, rasa macam nak 'chapless' kepala dorang sedas dua.
Pagi tadi pukul 6.20am aku terjaga, kepala rasa sakit sebab tak cukup tidur. Semalam gatal tidur lambat sebab nengok citer CJ7. Ni kat opis still sakit kepala, orang ramai takde pasal g kawad, 2 jam lak tu. Bos pon takde. Peluang wei-peluang. Selamat malam semua.
Owh kat bawah ni sikit info pasal gempa pagi tadi.