Tuesday, October 11, 2011

minggu yang celaru

Last week memang banyak hal. Acik sibuk gila badak



Banyak hal. Semua benda pon nak buat hal. Hati asyik nak dup dap dup dap je...bukan dup dap dup dap sebab jatuh cinta...tapi dup dap dup dap berdebar-debar macam ada benda yang tak baik nak jadi. Aku ingat mak aku la kot nak jadi apa-apa. Tapi rupa-rupanya bukan mak aku, mak sedara aku yang masuk sepital sebab komplikasi jantung. Elok lepas je habis meeting adik aku kol kata Mak Yang masuk CCU kat Taiping. Kul 1 aku terus gerak balik umah amik Qarliff pastu terus gerak Taiping.

Tapi sebelum balik Taiping aku kol mak aku dulu, ntah kenapa dia dok nangis-nangis cakap yang bukan-bukan. Dia cakap rindu aku ngan Qarliff sangat-sangat. Gila! mana tahan aku kalau mak cakap macam tu. terus  isi borang cuti. Jumaat gerak balik KL. Aku cakap ngan Mat Yun, kalau dia taknak cuti udah. Aku memang tak boleh nak tunggu sampai dia free. Lantaklah aku nak balik tengok mak aku jugak. Tapi last-last dia akur . Dia ikut gak balik KL.

Tapi tulah masalah laki aku ni. Kuat berjalan, pantang balik KL, mesti nak ajak g jalan-jalan gak.Dahtu malas nak bising-bising aku bawak la laki ngan anak aku g KLCC naik LRT.





Gambar atas dengan yang bawah ni kan? serius aku malu gila nak snap kan. Orang tengok je. Dah laki aku tu nak buat macam jakun pulak dah. Suh aku amik gambo dia. Eii malu dowh!


Masuk je kat food court KLCC tu terus nampak Kyros Kebab. Terus macam nak seronok-seronok. Dulu masa ngandung kat Qarliff memang ngidam sangat nak makan Kyros Kebab. Tapi tak dapat. Tu yang air liur dia asyik nak meleleh je sebab kempunan. Dah beli natang tu aku suap sikit kat mulut Qarliff. hurmm macam hape je luah-luah balik ape yang aku suap. Ngade! dulu dok dalam perut sibok ngat nak ngidam bagai. Dah ada depan mata takmo pulak. Sekeh kang!


Hati lega sikit dapat tengok mak walau 3 hari je pun. Dah balik sana, Qarliff pulak demam sebab nak tumbuh gigi lagi.Dah 10 batang dah gigi dia. 2 malam aku tak tidur sebab Qarliff demam malam, asyik merengek je. Siang pulak jaga mak, siapkan makan minum dia. Sampai Penang sibuk dengan kerja, pastu aku demam pulak. Fuhhh! cepat la masa berlalu. Aku penat sangat dah ni!