TV rosak, hati aku mula rasa tak tentu arah, aku kemas rumah sebaik mungkin. Mungkin naluri hati mengatakan yang aku akan beranak dalam masa yang terdekat ni sebab due date aku pon 19.10.10. Perasaan kuat marah jangan cakaplah, pantang salah sikit mula nak ngamok. Mungkin salah satu tanda nak branak la tu. Petang lepas solat zohor tengah baring-baring sebab penat gila kemas rumah Mat Yun menyuarakan hasrat hati ajak balik Alor Setar sebab nak tengok bola. Kerja gila. Dah petang wei, malas aku nak balik sana. Pung pang pung pang kami bergaduh. Siap nangis-nangis bagai aku taknak balik sana sebab letih pastu aku takut terberanak kat sana. Last-last aku aku akur jugak dengan syarat pagi esok awal-awal pagi aku nak balik Penang balik. Deal.Kami balik Alor Setar. Mat Yun g tengok bola kat stadium (macam harey)
17.10.10 - Ahad
Pagi-pagi aku ajak balik Penang balik. Badan rasa tak sedap. Sampai Penang aku bantai baring dalam bilik je. Hati masih sakit pasal paksaan semalam. Takmau cakap ngan Mat Yun lansung. Ajak makan pon aku takmau.
18.10.10 - Isnin - 3.30pagi
Terjaga sebab rasa nak terkucil. G toilet terkucil sat. Naik balik atas katil. Perut rasa tak best. Tiba-tiba rasa macam hape ntah. Macam ada benda nak keluar. Terus lari g toilet. Tiba-tiba rasa basah+panas. Air ketuban pecah. Gegas kejut Mat Yun ajak g spital. Dengan baju kelawar terus g spital. On the way ke spital aku sempat kol mak aku, bagitau dia yang aku nak bersalin dah. Mintak ampun halal segala bagai.
Sampai kat spital ramai yang tengah tunggu turn nak masuk check up sebab punya tanda-tanda yang sama dengan aku. Dalam kul 6 pagi siap check up bagai pastu nurse bagi katil suh tunggu sampai betul-betul nak beranak sebab pagi tu 'jalan' baru terbukak 3cm je. Tapi sebab air ketuban dah pecah so dorang admit wad siap-siap la.
Sepanjang hari dok kat spital dengan perasaan debor-debor.
Pukul 4.30petang - aku kol Mat Yun suh dia belikan Burger King sebab teringin sangat. Perut mengeras dah kerap-kerap, sakit wooo. Tapi hati tetap teringat nak makan burger king. Masa aku kol Mat Yun dia dah nak sampai spital dah tapi sebab aku nak jugak burger king dia patah balik cari burger king. Elok sampai waktu melawat Mat Yun sampai dengan burger king. Aku makan laju-laju walau perut kejap-kejap mengeras. Siap makan aku g toilet buang apa yang patut pastu g jalan sampai kedepan jumpa nurse. Aku cakap perut aku dah sakit sangat ni. Pastu doktor check 'jalan' tengok dah terbukak 4cm. Terus tolok aku masuk labour room. Ramai gila yang nak branak masa hari tu. Bilik semua penuh. Aku kena tunggu sampai ada yang selesai.
6.00petang - Ok turn masuk bilik dah sampai. Nurse suh aku tanggal 'semua-semua' pakai jaket dorang pastu baring. Masa mula-mula suh tanggal 'semua-semua' aku gelak-gelak lagi. Nurse marah. Ok yer! aku tanggal semua pastu baring atas katil khas.
Doktor keluar masuk dok tengok 'jalan' dah terbukak berapa. Asyik dok 4cm je. Aku pon heran. Owh sebelum masuk labour room aku dah siap-siap mintak ampun halal makan minum kat Mat Yun.
Aku sampai dah naik lembik dalam bilik tu. Anak takmau keluar lagi.camne? last-last dorang check anak aku dah makin lemah dalam perut. dorang tak kasi aku teran pon pasal 'jalan' tak bukak banyak. Brief kat aku sikit banyak dalam keadaan aku mamai-mamai pasal dah dapat ubat tahan sakit, pastu tolak aku masuk bilik bedah. Dalam bilik bedah tak sedar apa. Pasal dapat epidural yang buat aku tidur lena.
11.48malam semua selamat. Lahirlah anak aku yang kelaur ikut 'tingkap'. Aku sedar Mat Yun tengah azankan anak aku.Aku dok merepek-repek lagi pasal kesan ubat pelali belum habis. Bangun pagi tu aku nampak anak aku sebelah aku. Baby aku tak besar pon, berat dia cuma 2.3kg je. Hurmmmmm...terharu sangat. Masa mula-mula bagi breast feeding lagi la Subhanallah perasaan tu.
kecik je kan?
Hari ni genap dah setahun anak aku.
Happy birthday anak mama, mama doakan yang terbaik untuk anak mama.


