Monday, June 18, 2012

Hari Bapa

Okeh selalunya bila cerita pasal hari bapa mesti aku akan cerita pasal ayah aku. Tapi kali ni aku tak cerita pasal ayah aku lagi dah, aku nak cerita pasal ayah kepada anak aku iaitu suami aku sendiri.

6.30pagi - ahad- mat Yun kejutkan aku bangun solat subuh (aku bangun dah tapi saje buat-buat pejam mata)


"Awak....bangun-bangun solat subuh."
"hurmmm!!" aku jawab malas-malas.
"Awak...bangun la...jom gi jalan-jalan...hari ni kan hari bapa"

wahhhhhhh, tetibe kan hari bapa je dia nak suh aku wish kat dia la kenkunon. Pastu masa hari ibu dulu dia buat bodo je sampai aku sentap-sentap jugak lah sebab tengok pezbuk kengkawan penuh laki depa dok wish selamat hari ibu kat bini memasing. Phuiii!!

Tapi takpe, aku layankan jugak.

"Nak gi mane?" sambil mata still dok terpisat-pisat lagi.
"Jom gi mandi-mandi"
"hurmmm" ikut jelah, kang majuk pulak

Jadinya, kami sambut hari bapak kat Bukit Merah jelah. Dulu kami penah pegi skali, tapi masa tu Qarliff baru 9-10 bulan camtu la...baru blaja berdiri pastu macam tak pandai sangat nak main air. ni semalam gi sane kemain lagi anak aku tu...mandi sampai kecut-kecut tangan. Jenuh ajak naik minum susu pon dia takmau.

Semangat anak bujang ai nak g jenjalan.

Hari yang berjerebu.

Mak ngan apak bekpes, anak boleh main-main @ McD.






Haaa! gasaklah dua beranak ni.


Penat sangat dah ni.

Lepas Bukit Merah, sang apak ajak g jenjalan kat Lake Garden Taiping.

Berlemoih anak aku dapat main tanah.

Masa nak patah balik ke Penang, huihh jammed 10km dari tol Juru...apaknye yang memandu bersabor jelah. Lepas solat maghrib di Masjid Permatang Pauh, kami g makan kat de pauh garden...balik umah dalam kul 10malam cenggitu...giler letih. Ingat arini tak g keje dah...tapi aku gagahkan jua sebab next week pengasuh Qarliff nak mintak cuti 2 hari. Ni sambil menaip ni mata aku memang rabak giler sebab letih.