Monday, June 25, 2012

Masak

Bos aku takde kat opis 3 hari...jadinya semua kerja takleh nak jalan sebab takde orang nak sign surat dan notis-notis yang aku nak keluarkan.hehehe :D

Ni je masa yang aku ada nak godek-godek blog sampah aku ni. kalau bos ada payah sikit sebab banyak benda nak kena buat.

Ni aku nak cerita hal masak-memasak. Last week angin memasak aku memang mencanak-canak naik. pastu pulak ditambah dengan nafsu berpuasa, aku pon tak paham konsep puasa yang aku dah terapkan dalam diri aku...asal puasa je dalam kepala mesti dah pikir macam- macam juadah untuk berbuka nanti. Padahal buat puasa ganti je pon. Ni tak abis lagi ni, ade 7 hari lagi...minggu ni stop dulu sebab bulan penuh nak keluar.

Owh balik cerita pasal masak tadi, masa ganti puasa ari selasa aritu tiba-tiba aku teringat kat nasi carrot akak ipar aku dengan sambal ayam bali kakak aku. nak call dorang tanya resepi aku malu...jadinya aku google je. Masa memasak tu dah ingat dah siap je masak, platting cantik-cantik pastu snap gambar then boleh eksen dalam blog. Hurmmm haram nak nyempat snap. Elok aku habis masak je (itu pon sambal ayam tak berapa nak kering) orang dah azan...takde makne nak platting-plating bagai ni...cedok mane sempat je pastu terus ngap...dah kenyang baru teringat "aduhhhh!! nak snap gambo!!". tapi sedap wei nasi carrot ngan sambal bali aku (mampos la aku nak puji diri sendiri...kahkhakha)

Esok arinya aku puasa lagi, tapi kali ni teringin nak makan lasagna buatan sendiri...google punya google dapatlah tips camne nak buat lasagna...tapi sebab aku malas aku buat sos lasagna yang paling mudah iaitu aku guna sos prego keju dengan sos asli spagetti (cerdik kan?) menjadi weyh. Macam biasa aku dah set siap-siap nak snap gambo lasagna aku...tapi kali ni lagi malang sebab orang dah azan lasagna aku tak siap-siap jugak....huhuhu...aku agak-agak cheese dah cair terus angkat dan terus ngap...takde gambo-gambo...tak ingat dah. Tapi belen lasagna tu aku sempat bawak g opis...dorang cakap sedap...sorang-sorang datang jumpa mintak resepi...kikiki...esok ada pot luck depa suh bawak...insyaAllah.

Esoknya lagi aku teringin nak makan daging salai masak lemak cili api bersama rebung (bapak panjang nama masakan ni)... dipendekkan cerita. sedap wei...tapi daging keras sikit sebab aku tersalai lame sangat. Hahaha...semua tak sempat amik gambar. Semalam aku buat ketam dengan nenas masak lemak cili api...pastu sambal ikan bilis petai (petai dengan ikan bilis goreng garing-garing pastu tumis dengan cili api). makin aku nak diet makin bernafsu syaitan yang direjam pulak aku ni. Macam orang giler kau tau tak???!!!

Ni pavlova aku buat dulu.

Dah kenyang-kenyang makan ingat boleh dok rehat kat umah...rupanye harapan lahhh!

Budak ni slalu kena tibai sebab nakal...semalam dia kutil muka aku sampai luka...hadiahnya aku tibai dia balik sampai melalak-lalak.