Friday, April 8, 2011

bahasa jiwa bangsa

urm~ n0mal la tu..sume p0mpuan jeles ~ tip0 la klu drg yg len xjeles..luar ckp x dlm cam pa gih,, lelaki biase la dgn ayat drg tu,, amb0i smpei cam tu sekali.. aus xkate paper ke kaw kuat jeles ??


Susahkan nak faham ayat yang di atas itu???boleh faham...tapi dibaca dengan lambat...kebanyakkan orang zaman sekarang lebih suka mengubah ejaan asal dan dan gemar memendekkan ejaan untuk kesenangan mereka...(perghhh!!! macam cikgu bahasa dah ni)


Okeh...semalam aku telah dihantar oleh bos untuk mempertajamkan cara penulisan surat rasmi dan memo berkualiti. Banyak sangat ilmu yang aku dapat dan merasa diri ini amat kerdil dan bodoh dalam menggunakan serta mengeja perkataan-perkataan Bahasa Melayu. Secara seriusnya aku sangat benci dengan budak-budak zaman sekarang yang lebih suka menukar ejaan yang ada kepada ejaan yang lebih sukar dibaca...adik-adik aku tak terkecuali.

Contoh penukaran ejaan yang paling banyak aku jumpa:

1. aku - ako0
2. suka - sukew/suke/suker
3. tidak/tak - x

dan banyak lagi contoh-contoh yang lain. Serius sangat benci dengan ejaan-ejaan yang macam tu. Setakat memendekkan ejaan aku boleh terima lagi.

Contoh ejaan-ejaan yang dipendekkan:

1. dalam - dlm
2. sungai - sg.
3. yang - yg

dan banyak lagi ejaan-ejaan yang telah dipendekkan untuk kesenangan menaip.Okeh cara ejaan itu aku masih boleh terima sekiranya aku faham akan maksud yang disampaikan.

Di sini aku nak letakkan beberapa contoh ejaan yang kita semakin lupa akan ejaan yang sebenarnya.


1. prasekolah - Pra-sekolah

2. menganaktirikan - Menganak tirikan

3. reda - Redha

4. atur cara - Aturcara

5. istirahat - Istirehat

6. berbahaya - Merbahaya

7. mengehadkan - Menghadkan

8. stoking - Stokin

9. selesema - Selsema

10. tengah hari - tengahari

semoga kita semua terus belajar dengan kesilapan...jangan sampai kita lupa bahasa melayu yang sebenar.