Tak tahu nak mula dari mana...dah 2 hari aku cuba nak tulis pasal sahabat aku ni...tapi air mata ni cepat sangat tumpah bila aku tengok gambar dia.....kali ni aku cuba kuatkan diri untuk taip sampai habis.
Lepas dia pindah tempat kerja, aku hilang kawan yang betul-betul digelar sahabat...dia tempat aku luah semua perasaan...dia banyak tegur perangai-perangai tak baik aku...kalau baju aku jarang pun dia akan tegur...aku ingat lagi dia tegur pasal kebaya hitam aku yang jarang...sampai sekarang aku tak pakai baju tu.
Pernah terjadi waktu balik dari kL...dia, nisa, nizam dan zura tumpang kereta aku...sampai kat Penang bridge kereta rosak...bateri kong..tapi dia sangat bertanggungjawab...esoknya dia sama-sama tak pergi kerja..pagi-pagi dah datang rumah aku sebab nak bawak kereta pergi bengkel. Dia temankan aku sampai kereta siap baiki...masa tu aku dah couple dengan Yunus...tapi mana Yunus waktu tu??? tapi dia tak pernah buruk-burukkan Yunus...dia selalu nasihatkan aku...jangan fikir negatif pasal orang...positif...kan dia tengah kerja.
Bila aku bergaduh dengan Yunus...dia tempat aku mengadu...tapi macam biasa...bila dia nasihatkan aku..dia takkan buruk-burukkan Yunus...dia selalu salahkan aku...dia cakap macam tu sebab nak aku berubah...berubah jadi dewasa. Dia selalu cakap "Yunus tu baik Sal...susah nak jumpa lelaki baik macam tu...rugi kau kalau kau tak jadi dengan dia"
Kalau Nisa tak datang atau keluar dating dengan Zaidi...dia akan jadi peneman setia aku...pergi lunch dengan aku...berbual-bual dengan aku...nasihatkan aku itu ini...betul...aku rindu dia..dia sahabat aku.
Aku selalu kutuk-kutuk dia sebab dia tak suka tengok cerita melayu dan dengar lagu melayu...dia kata takda kualiti...tapi 1 hari tu dia suruh aku cari lagu dewa...'pupus'...aku download lagu tu untuk dia. Sekarang kalau aku dengar lagu tu aku nangis.
Dia takda awek...sebab cerewet...dia kata dia nak orang Kuala Kangsar yang pakai tudung bawal tapi tak selimpang tudung..yang tak silang tudung...yang biar tudung jatuh tutup dada...ada...perempuan macam tu ada..memang dia gila-gilakan sangat perempuan tu...tapi sayang...perempuan tu taknak dia...dia kecewa...sampai sekarang dia tak jumpa perempuan yang macam tu.
Masa aku kahwin dia datang...senyum-senyum tengok aku duduk atas pelamin. Lepas aku kahwin kami kurang berhubung...dia takut suami aku cemburu...last aku cakap dengan dia melalui telefon...itu pun telefon Nizam..dia cakap nanti dia nak tengok anak aku. Aku pegang janji tu.
Isnin 18/4/2011 jam 3.43pagi aku dapat sms
Salam..buat teman2 Mohd Sukhri @ Kecik, sama2 kita doakan agar beliau yang sdg berada di dlm Unit Kecemasa Hosp. Raja Permaisuri Bainun Ipoh, akibat pendarahan dlm otak, keadaannya kritikal..Otaknya gagal berfungsi dan terpaksa bernafas menggunakan bantuan oksigen.. mohon rakan2 terdekat atau sesiapa yang mengenali, kita sama2 doakan atau sedekahkan yaasiin utk beliau
Luluh hati aku...dah 2 malam aku tak boleh lelap...setiap kali lepas solat aku akan doakan yang terbaik untuk dia...kalau Tuhan sayang dia...ambik dia...jangan biar dia macam tu...kami reda.
30/4/2011 aku nak balik kL...itu je masa yang aku ada untuk lawat dia...Penang dengan ipoh agak jauh...
"Cikkk...tunggu aku datang tau...kau kuat kan???nanti aku bawak anak aku...kan kau janji nak tengok anak aku...tunggu aku tau!!!!"
See..how closed we are..ada banyak lagi gambar kami berdua...tapi aku dah buang sebab taknak ada syakwasangka. Hanya ini yang tinggal.

Dulu kami selalu berempat..lepas dia berhenti kerja sebab dapat kerja lain, tinggal aku,nisa dan nizam. Lepas nisa kena tukar unit, tinggal aku dengan nizam. Kemudian nizam berhenti kerja sebab bukak bisness sendiri. Sekarang tinggal aku sorang-sorang. Semua aku buat sorang-sorang. Dunia aku sepi.
Aku harap kau kuat

