Friday, April 1, 2011

semalam & pagi ini

Dah beberapa hari aku teringin sangat nak makan rendang ayam...semua ini gara-gara emak bagitahu yang dia masak rendang ayam minggu lepas. Jadinya semalam pulang awal laju-laju untuk masak rendang ayam....serius...puji diri sendiri ni...sedap hingga menjilat jari. Sementara tengah masak si Qarliff aku letak dalam walker..macam biasa dia sebok dok merantau satu rumah sampai nak masuk dalam bilik air.

Pagi tadi ketika sedang memandu perlahan ke tempat kerja...aku bukak radio era...segment pagi ini ialah mengimbas kembali setahun pemergian arwah din beramboi...serius sedih gila...sebab aku pon terasa sedih adalah kerana...ketika zaman bujang...sedang bersiap-siap untuk ketempat kerja....segment riuh pagi akan menjadi pilihan...memang lawak bila arwah din bawak watak shasha dan segment berita yang dibaca oleh arwah. Sejak arwah dah takde...aku dah tak dengar lagi dah radio era.





Mat Qarliff 1st time tengok kucing...teruja