Okeh, kali ni nak cerita pasal hujung minggu kami anak beranak...suka hati aku la kalau aku nak cerita pasal hujung minggu aku ngan family aku...ni kan blog aku. Gambar aku malas nak edit sebab hari ni aku puasa (memang takde kaitan pun alasan malas ngan puasa...tapi ikut suka hati aku la)

Petang jumaat lepas balik dari kerja terus siap-siap nak g kenduri rumah Azmah, dia buat makan-makan...habis makan kat umah Azmah aku kena g Taman Utama kat miden high sebab ada meeting dengan penduduk (dah macam YB pulak aku ni)
Hari sabtu, pagi aku saja bangun lambat sebab angin kuat (yang ni ada kaitan..bangun lambat + angin kuat x sejuk = pagi yang best) tambah pulak cuti solat...fuh..fuhhh!!! best wooo. Tapi macam biasa bila ada orang yang kena bangun solat pasti akan berdengki dengan orang yang tak perlu bangun solat...sarapan pagi di request macam aku ni tukang masak 24jam dia.
Aku malas nak bergaduh..aku bangun masak jugak..meat ball bersos black pepper n mushroom + frech fries berperisa kari + bokoli n carrot bersos cheese + garlic bread + susu + telur 1/2 masak= mat salleh giler!

Penat masak...main ngan qarliff..skang ni dia dah pandai senyum bila tengok kamera..pantang dihulur..mesti nak senyum.

Dah kenyang seronok la.

Owh..Qarliff makan kentang goreng dengan telur 1/2 masak (tapi telur bagi sikit je)

Lepas zohor..abah dia ajak g tengok wayang...tapi nak tengok transformers memang tak dapat la...full house...so kami tengok kL gangster je...dan ini kali kedua tengok wayang bawak Qarliff.

Sementara tunggu wayang mula..kami jalan-jalan kat Queensbay.

Qarliff dah pandai dah..pantang tengok menatang ni...mesti nak naik..nyesal aku ajor.

Tak boleh naik satu menatang je..mesti nak naik banyak-banyak menatang...cisss

Dua branak ni dok kusyuk tengok pameran transformers.

Takpe-takpe...gambar aku memang takde pon..sebab aku ni bibik serbaguna dorang...huhh!!

habis tengok wayang kami g makan kat seagate (lame tak g sini)..tengah makan tiba-tiba the kips family datang (geng kawasaki ninja kips) gambar tak berapa nak nampak semua motor pasal gelap..lagipun malu nak bangun amik gambar dekat-dekat.

Ni menu sarapan hari ahad... semalam dah mat salleh hari ni kena melayu pulak...nasi lemak sambal sotong...ayor teh.

Dua branak ni dah kenyang tinggal aku terkulat-kulat sorang-sorang kat depan...MELUAT AKU... MELUATTTTT!!!! AKU TERUS MOGOK TAKMO MASAK TENGAH HARI...jadinya makan tengah hari kami adalah nasi lemak jugak...cuma aku tambah butter prawn je.
Huhh!! dah la...aku pose ni...letih la jari-jari aku ni....haus pulak kang!!