Format karangan:
1. Tajuk
2. Pengenalan
3. Isi (2 perenggan)
4. Penutup
Saya ada seorang emak. Nama emak saya ialah Noriam Binti Salleh, tapi emak saya lebih dikenali sebagai Ani atau Makcik Ani. Kenapa Ani? ini kerana ketika nama Noriam diberikan, didapati ianya tidak sesuai dan berteriaklah beliau sepanjang masa sehingga didatangi seorang bidan lalu menukarkan nama Noriam kepada Rohani atau lebih dikenali sebagai Ani. Bagaimanapun pertukaran nama ini tidaklah didaftarkan didalam pengenalan diri atau di Jabatan Pendaftaran Negara. Emak saya adalah anak yatim piatu. Ibu dan bapanya meninggal dunia ketika beliau masih kecil. Maka membesarlah emak saya tanpa merasa kasih sayang dari ibubapa.
Sudah ketentuan Tuhan, emak saya telah bertemu jodoh dengan ayah saya iaitu Ariffin Bin Alang Idris. Emak berkhawin ketika berusia 16 tahun (giler mude, masak pon tak reti nih). Maka merantau la emak mengikut ayah berpindah dari Taiping ke Padangan Rengas. Ketika berusia 19 tahun emak saya telah dikurniakan anak sulung perempuan yang diberi nama Suhana Binti Ariffin. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun, maka beranak pinaklah emak dari seorang anak menjadi 7 orang anak kesemuanya (sama ramai dengan anak Nabi ni). Tugas mendidik anak telah diserahkan bulat-bulat oleh ayah kepada emak. Walau emak tidak bersekolah tinggi dan memasuki universiti, tugas mendidik tetap dijalankan dengan jayanya. Emak adalah kawan baik saya, semua rahsia saya beliau tahu. Semua cerita saya kongsi dengan beliau. Kisah cinta pertama saya pun saya cerita dengan beliau. Hidup saya tak pernah sunyi dengan cerita sebab kami saling bertukar cerita. Teringat ketika saya di bangku persekolahan. Pulang dari sekolah tanpa membuka stoking terlebih dahulu terus menerpa mencari emak untuk bercerita apa yang terjadi di sekolah. Puas emak mengingati nama rakan-rakan saya untuk menempatkan diri dalam situasi cerita saya.
Dari emak jugalah saya belajar memasak. Bermula dengan menolong mengukur kelapa dengan menggunakan kukur parut berjenis duduk yang tidak ubah seperti kuda kayu, kemudian belajar memotong bawang sehingga terhiris jari jemari, kemudianya diberi kepercayaan untuk menumis bawang dan seterusnya sehingga pandai. Emak saya adalah orang yang paling penting dalam mengajar saya erti kebersihan. Dari cara menggosok gigi, mencuci badan, membersihkan dalaman, mengemas rumah sebersih mungkin dan pelbagai lagi cara-cara untuk menjadi bersih. Rumah harus disapu pagi dan petang. Lepas solat subuh pintu dan tingkap harus dibuka luas supaya rezeki masuk katanya. Baju harus disidai dengan kemas, yang besar di belakang diikuti dengan seluar dan baju-baju harus menduduki barisan paling hadapan. Kesemuanya harus selari. Sinki tak boleh ada pinggan kotor. Semua harus teratur dan kemas. Emak saya peminat Uji Rashid dan Sharifah Aini, beliau juga gemar menonton gambar hindustan sehinggakan saya pun terikut-ikut. Filem kegemaran ialah Dilwale Dul Hania Le Jayange (ciss aku pon suke citer ni).
Emak selalu menjadi bahan usikan oleh ayah saya. Pernah sekali ayah mengusik emak sehingga emak merah telinga dan tidak dapat menahan lagi, dicapai tuala mandi dan terus masuk ke dalam bilik air. Air dipasang kuat, padahal emak dok nangis dalam bilik air. Apa cerita ni nangis dalam bilik air?. Emak saya seorang yang sensitif tapi mudah memaafkan. Kata emak perangai saya tak ubah seperti ayah, sebab itulah hanya emak yang tahu memujuk bila saya merajuk atau marah. Banyak yang emak telah lalui sepanjang hidupnya. Sepanjang 27 tahun saya hidup mata saya banyak memerhati dan hati banyak menyimpan rahsia kehidupan emak. Banyak duka berbanding suka, emak diuji Tuhan. Sampai disini sahaja karangan yang bertajuk 'emak saya'. Lebih baik saya berhenti menulis sebab kat kelopak mata saya dah mula berair dah ni...kang bah payah pulak.
♪♫•*¨*•.¸¸♥¸¸.•*¨*•Happy birthday to you ♪♫•*¨*•.¸¸♥¸¸.•*¨*•♫♪❤。◕‿◕。❤ HaPPyBiRthDAy ToYOu ... ♪ ♫ ♪ ♬♪ ♪ ♫*•.¸.¤♪♫•*¨*•.¸¸❤HaPpy BiRtHdAy tO YoU¸.•*¨*•♫♪♪¸¸❤ ¸¸.•*¨*•♫♪❤。◕‿◕。❤HaPPy BiRthDAy To YOu ... ♪ ♫ ♪ ♬♪ ♪♫*•.¸.¤♪♫•*¨*•.¸¸❤HaPpy BiRtHdAytO YoU ¸.•*¨*•♫♪♪¸¸❤...mOgA PAnJAng UMo dMUrAhkAn REzekI...Happy Birthday to you♫•*¨*• Happy Birthday to you.¸¸¸¸.•*¨Happy Birthday*•♪♫•*Happy Birthday*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫ ♪。◕‿◕。Happy Birthday to you... ♪ ♫ ♪ ♬♪ ♪ :)
legnote: Dulu masa kecil-kecil, saya selalu hadiahkan kad harijadi untuk emak saya.