Ramai yang cakap aku adalah salah seorang yang bersifat queen control...baguslah kalau korang cakap macam tu...tapi celah mananye aku nak control suami aku..ko ingat suami aku tu takde pelajaran punyer orang ke??? (tapi ada je orang berpelajaran tinggi duduk bawah ketiak isteri)...lagipun belum aku nak arahkan suami aku itu ini...dia dah siap-siap tarbiah kat aku (biasalah...budak mahad tahfiz la katakan)...aku ni hari-hari kena dengar tarbiah percuma dia...jadinya, kejadian queen control tak pernah berlaku dalam hidup aku...even aku nak terberak pon aku tahan je...sebab kalau aku suruh dia jaga anak sekejap mesti dia akan jawab "sat-sat-sat...sy nak mandi @ sat-sat-sat...sy nak kencing"...dan macam-macam sat-sat-sat yang dia bagi.
Lagi satu...dia punya sat-sat-sat tu 3 hari aku tunggu pun belum habis dia punya sat-sat-sat...dari hati terus menajdi sakit...lebih baik aku takyah suruh dia buat apa-apa. Kat sini dah nampak dah aku memang tak layak masuk kategori queen control.
Lagi kalau korang duduk sebelah aku sepanjang hari...korang boleh nampak...aku tak pernah call atau sms suami aku samada dengan sengaja atau tak sengaja. Aku hanya akan call dia kalau betul-betul perlu sahaja...contohnya kalau dah pukul 6pm tapi dia masih kat opis dan aku pulak dah 1/2 jam tercangak bangak kat depan maybank...atau aku hanya akan call dia sebab nak minta bantuan untuk check lot...ITU SAHAJA!!! ko paham dakkk???
Tak pernah lagi dalam sejarah hidup aku sebagai isteri sesaje nak call dia semata-mata nak tanya tengah buat ape?dah makan ke belum?tadi makan ape?...kepala hotak time keje sibuk nak tanya tengah buat ape.
Lagi satu...sepanjang aku menjadi isteri kepada mohd yunus bin ismail...tak pernah hayat la aku nak g lunch berdua sesaje dengan dia macam pasangan lain...lunch berdua pon tak pernah apetah lagi nak breakfast sambil berbual-bual macam pasangan lain (aku maksudkan time hari bekerja) nama je kerja satu bangunan...tapi haram nak makan bersama...giler kau tak teringin nak buat macam tu...tipu la kalau hati kecik aku tak berkata-kata bila tengok pasangan lain sentiasa berkepit pagi, tengah hari makan bersama. Kalau orang tengok aku g beli makanan sorang-sorang pastu tegur dan tanya "haiii...sorang je...cik abang mana???" dalam hati aku akan jawab "omak kau tanye aku camtu!!!!" tapi yang kuar dari mulut "hehehe..ha'ahh sorang je" sambil membalas senyuman manis ...padahal dalam hati dah mencarut-carut...kalau korang taknak kena carut baik jangan tanya yang macam tu.
Ni lagi satu...kalau kita nak tengok pasangan tu queen control atau sebaliknya...kita tengok cara dorang berjalan laki bini....LAKI BINI yer...bukan PAKWE MAKWE...aku tampar ko kang kalau nak samakan situasi laki bini dengan pakwe makwe...zaman pakwe makwe lain...pakwe makwe kalau berjalan mau kepit sampai takmau lepas...kalau boleh awek nak letak lam baju...bior orang lain takleh tengok awek dia...bior rase panas sepanjang mase (hotak kau!!! belum dapat memang la...sharing is caring)... tapi kalau laki bini berjalan...kalau seiringan..lagi bagus kalau berpimpin tangan (payah nak tengok yang macam ni..kalau ade pon yang baru-baru kawen je...kalau ade alhamdulillah...aku doakan semoga berpanjangan)..okeh pasangan yang macam ni memang romantik...tapi sayang aku bukan dalam kategori yang macam ni. Aku duduk dalam kategori laki jalan depan...aku tertinggal jauh berbatu-batu jauh kat belakang...kadang-kadang tengah jalan-jalan kat shopping compleks (ini hari minggu yer) terserempak dengan kawan...mesti dorang akan tanya "eh...sorang je??"(still da same question okey)...jadinya adakah itu situasi seorang queen control???
Kalau queen control keadaan akan jadi sebaliknya...iaitu laki akan jalan belakang bini...bini akan lead semuanya termasuk nak masuk kedai mana or nak pergi mana...lagi satu kalau laki dia pegang semua barang...bini jalan lenggang kangkung...itu salah satu petandanya. Aku kalau beli barang kami share-share bawak...kalau sikit dia bawakla barang..aku dukung Qarliff...kalau banyak aku kenala tolong bawak sikit. Celah mana aku queen control wei???
Kalau nak pergi jalan mana-mana pun susah dia nak ikut mana aku nak pergi...masuk je dalam kereta dia akan tanya "kita nak pergi mana ni?" aku dengan seronoknya akan jawab "kita pergi gurney nak takk?"...tapi balasan yang akan aku terima "eishhh...saya tak suka la pergi sana...kita g sebrang la" aku pulak akan jawab macam ni "Len kali jangan tanya...jangan buat orang sakit hati" dan dia dengan tanpa ada perasaan bersalah terus menuju ke seberang...cissss!!!
Mungkin ada yang mengkategorikan aku sebagai queen control dari gaya percakapan aku...woiii!!! aku memang stail kasar macam ni dari kecik lagi...ko kenal aku macam ni..so ko takyah nak ubah-ubah cara aku. Aku dengan anak aku pon memang kasar...anak aku pon dah kebal macam aku...setakat main gusti bersama...dia tak pernah nangis la...aku henyak-henyak dia...dia relaks je...siap gelak lagi ada.
Jadinya...aku queen control ke...hape ke...aku rasa aku tak ganggu hidup korang...laki aku terima aku seadanya...siapa kita nak kategorikan seseorang tu kalau kita tak duduk kat tempat dia...ingat kata pepatah karam singh walia
Taik di tengah padang nampak...tapi taik di hidung sendiri tak nampak!!!
kalau tak nak ade taik idong yang berjoget-joget di hujung bulu hidung...rajin-rajin la cuci hidung bersih-bersih ketika berwuduk...
Renung-renungkan dan selamat beramal!!!!