Thursday, July 21, 2011

Kisah dan tauladan


Ini kisah benar.


Terjadi depan mata ayah.



Ayah cerita kat emak.



Emak cerita kat aku.






Suatu petang,tengah ayah tunggu seseorang depan pintu masuk pagar UTM. Tiba-tiba mata terpandang seorang wanita dalam lingkungan pertengahan 30-an dan 2 orang anak sedang berehat di bawah pokok,kelihatan bersama sebuah troli pasar raya yang di isi dengan barang-barang terpakai. Anak-anak dia comel, tapi agak comot sebab keadaan mereka yang merayau mengutip apa sahaja yang boleh dijual. Kebetulan cermin kereta diturunkan, mata sedang memerhati mereka. Tiba-tiba terdengar anak bertanya kepada ibunya.


anak:"mak...tu..tu burung apa?" (takk la weiii...yang ni bukan macam dalam iklan tu)

ibu:"itu burung pipit"

anak:"burung tu buat apa mak?"

ibu:"burung tu tengah cari makan untuk anak-anak dia"


Masa tu jugak tiba-tiba dada rasa sebak...tangan laju terus buka wallet...tengok berapa yang ada untuk disedakahkan...sayangnya ayah bukan orang berada...hanya note RM10 mampu dihulurkan. Ayah bagi duit kat dorang...mak budak-budak tu ucap terima kasih dan panjatkan syukur sebab Tuhan bagi rezeki kat dorang...lepas bagi duit ayah dengar emak budak-budak tu cakap hari ni kita dapat makan nasi.


Balik rumah ayah cerita pada mak...emak menangis bila dengar apa yang ayah cerita. Emak cakap masa ayah cerita pada emak...ayah menangis..tak pernah emak tengok ayah menangis...ayah menangis sebab syukur dengan nasib dia dan anak-anak dia sebab kami tak pernah susah sampai tahap macam tu.



Masa emak cerita kat aku hari tu pun mata dah memerah nak nangis..hurmmm...saje aku buat-buat tak pandang muka mak...kang melarat...tapi dalam hati Tuhan je yang tahu macam mana sebaknya rasa.



Bersyukur dengan nasib diri...tapi mulut ni selalu nak merungut-rungut bila diuji Tuhan...astarfirullah hal azimmm

Tuhan...aku reda dengan ujianMu..beri pahala atas keredaan ini...aminnn!!!